Aku menangis, aku memberontak, aku geram, aku marah tapi tiada siapa yang tahu..Hanya Allah sahaja yang Mengetahui-Nya..sedang menerima balasankah aku ini? Mungkin..aku yang memulakan, aku yang menderita dan aku juga yang merasainya. Aku cuma mahukan perhatian, aku cuma mahukan belaian, aku cuma mahukan kasih sayang. Salahkah? Kenapa aku yang rasa terpinggir dari semua orang? Aku kah yang bermasalah..apa yang aku sedar, aku sendiri yang menciptakan masalah ini. aku sang penzalim kepada diri sendiri. Tapi...aku ingin seseorang yang dekat dengan ku mengetahui perasaanku selain menghukum aku dengan perkataan yang bukan-bukan. Adakah aku yang patut selami diri atau sesiapa yang harus mengetahui keadaanku ini. Aku rasa seperti aku ini hanya patung yang bernyawa tapi tidak diperlukan sesiapa atau rumah ini hanya seperti hotel atau rumah tumpangan yang hanya aku gunakan untuk melelapkan jiwa dan mata ku untuk seketika dan esok aku akan keluar seperti sang burung yang hanya pulang apabila malam menjelma.
Kalau begitu, untuk apa lagi aku harus menyertai mereka-mereka dan menunggu atau mengorbankan diri dengan hati yang robek. Aku tak tabah seperti sesiapa yang sabar. Aku bukan sang gagah melawan emosi. Aku hanya si lembik yang tahu mengeluarkan air mata di nurani. Hanya tahu merahsiakan setiap rasa yang terasa. Ya, kekadang..mencurahkan rasa melalui perbuatan tapi siapa yang dapat menangkap setiap perbuatanku. Perbuatan bisuku..perbuatan bisuku bersuara di dasar tubuhku..Perbuatan bisuku membencikan lagi pada mereka. Benci agakan ku. Mungkin atau aku yang berprasangka? Kekadang terfikir untuk merosakkan diri dan melarikan diri entah ke mana-mana..Tapi aku tak sanggup. Aku masih ada sayang, aku masih ada akal yang waras. Itu kebodohan. Aku pernah terfikir, jika aku sudah hilang nyawa dan jauh dari dunia ini, masih adakah yang sudi meratapi aku? Masih adakah yang akan mengingati aku? Masih adakah yang ingin mendoai aku? Masih adakah yang akan memaafkan semua kesalahanku? Aku sudah tiada daya untuk berfikir jawapan untuk setiap soalanku sendiri. Aku teramat asing di sekeliling kesayanganku.
Tiada siapa yang tahu.
Si tunggul kayu menanti rebah menyembah ke tanah. Si patung membilang waktu menunggu hari pabila setiap anggotanya dilempar ke jalan sunyi.
*** Kau tahu kenapa hidungku selalu berair? Kerna aku sedang menangis di dalam sana (hati)..tapi kau tak pernah nampak tangisan itu ***
0 comments:
Post a Comment