Almost a month aku tak menulis di sini. Bukan hanya di sini sahaja tetapi di blog ku yang sedia ada pun, aku dah abaikan untuk beberapa waktu..I'm really down this 2 month. Tidak bernafsu untuk mencurahkan kata-kata. Lebih banyak membuang masa dan bermenung di katil sendiri..Tapi sekarang aku dah boleh terima apa yang aku kehilangan dan mehnahku. Life should always must go on selagi roh tak bercerai dari badan. Hidup atas dunia ini, kau harus menjadi seorang yang kuat untuk dihempas sang badai dan dilambung oleh sang ombak nan ganas walau ada harinya kau terasa bagai letih untuk meneruskannya. Letih untuk terus bersabar dan letih untuk menahan apa yang terbeban oleh sang hati. Walau ada hari kau terasa mahu melakukan perkara yang kau rasa dengan itu kau lega tetapi bersabarlah. Bersabarlah dan jangan putus asa. Ingatlah setiap yang berlaku ada sesuatu yang tersirat di sebaliknya..Kalau tiada semuanya itu, maybe it sort of boring untuk melalui hari-hari yang mendatang walau kau terpaksa berjujuran airmata and so whatever yang seangkatan dengannya. Kalau kau gagah, sila mencabar ujian dan dugaan yang diturunkan ke atas diri kau. Aku tak segagah dan seteguh itu untuk melawan arus ujian yang aku rasa kuat dan laju membawa aku ke tengah sungai keresahan dan kesedihan walau aku sedaya upaya berenang ke tepian. But try and keep on trying to reduce it..Aku percaya kau dapat atasinya. Setiap orang dapat atasinya walau harus berkeluh kesah dahulu. Pengalaman membuatkan manusia itu makin kuat. Mendung di dada langit takkan selama-lamanya kelabu. Dan tak kan selama-lamanya sang petir menjerit marah kan? Bila hujan mencurah, langitkan kembali cerah dan diikuti dercipan-dercipan suara merdu di persekitaran. Selalu ingatkan diri sendiri bahawa kau bertuah dipilih dan disayangi Sang Tuhan untuk menghadapinya. Jika kau hendak menangis, menangislah sepuas-puasnya jika ia dapat melegakanmu. Jika mahu menjerit, jeritlah sekuat-kuatnya jika ia dapat mengurangkan beban yang engkau tanggungi. Jika kau terasa tidak tertahan-tahan, doakan dirimu semoga tabah dan dapat melaluinya dengan sebaik mungkin. Aku tahu kau marah..Aku tahu kau bertanya kepada Tuhan kenapa harus kau yang sebegitu. Ingatilah..Tuhan itu tidak kejam dan Tuhan itu tidak zalim dengan memberikan sesuatu yang membencikan. Benarkan aku memujuk mu..Adakah engkau tahu bahawasanya Tuhan ingin memberikan sesuatu yang indah-indah untuk mu dengan memberikanmu perkara yang boleh jadi kau benci padanya. Aku juga selalu memujuk diri ini..Memujuk dan terus memujuk. Jangan kau tanya bila waktunya sedangkan kau masih belum memulakan langkah-langkah menghadapinya. Tergores? Sedikit terluka? Tidak apa-apa. Parut yang tertinggal itu bak usaha demi usaha perjuangan kau untuk sampai ke sana. Aku percaya pasti kau kan tersenyum melihat setiap bekas goresan itu. Pasti...
senyum dalam tangisan~
0 comments:
Post a Comment