Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Thursday, June 30, 2011

Fade to Black cover~

Terima kasih Tuhan kerana memberi aku peluang untuk dibelai oleh tangan yang lembut lagi aku dambakan selama ini. Tapi aku tak sanggup menahannya dari berbuat demikian. Maksudku aku tak sanggup melihat dia menahan mata dari lelapnya semata-mata untuk mengurangkan kesakitan di kepalaku..Mau aja aku tegah tapi aku kelu. Bersuara hanya di hati.

Dia tanya " Sakit lagi?"

Dan aku hanya angguk dan hanya menjawab " Erm.."

Dia tanya lagi " Sejak bila sakitnya? Muka mu pucat. Adakah kau sakit sebab kerap berfikir? Ada masalah? Jangan berfikir yang bukan-bukan. Tidur jangan selalu lewat. Mungkin sebab itu juga".

" Sakit baru aje lagi". Dan hanya itu sahaja jawapan ku.

Baru aku tersedar betul kata sahabatku. Baru beberapa jam aku meluahkan apa yang terbuku di hati.
Apa yang terkesan di hatiku dengan kata-katanya apabila dia mengatakan sesuatu yang buat aku tersedar.

" Kau  belum menjadi ibu bapa dan pabila kau memasuki alam keibubapaan baru kau akan faham apa yang kau katakan itu. Setiap anak-anak diberi kasih yang cukup cuma didikan dan cara sahaja yang berbeza".

Nah. Tuhan sudah menunjukkan kebenaran dari kata-kata itu.
Ya, setiap anak-anak diberi kasih yang cukup cuma cara dan didikannya sahaja yang berbeza. Mungkin.

Aku sakit kepala dalam masa seminggu ini. Kerja pun jadi makin slow. Kekadang terpaksa memikir perkara lain daripada mikirkan sakit di kepala sendiri.

Wednesday, June 29, 2011

nothing else matters~


Aku tidak membuang siapa-siapa tetapi mereka yang membuangku~


Untuk Apa~

Untuk apa aku ada kalau itu menyusahkan..
Untuk apa aku ada kalau itu menyakitkan..
Untuk apa aku ada kalau itu menyedihkan..
Untuk apa aku ada jika aku ini membebankan..
Untuk apa aku ada jika itu membuatkan mu meminta kematian..
Mungkin aku patut PERGI..



Sedih..dengan tubuhku yang bergetar lembut dan kaki ku yang sejuk dingin. Hujankah di luar sana?~

Tiada siapa yang tahu~

Aku menangis, aku memberontak, aku geram, aku marah tapi tiada siapa yang tahu..Hanya Allah sahaja yang Mengetahui-Nya..sedang menerima balasankah aku ini? Mungkin..aku yang memulakan, aku yang menderita dan aku juga yang merasainya. Aku cuma mahukan perhatian, aku cuma mahukan belaian, aku cuma mahukan kasih sayang. Salahkah? Kenapa aku yang rasa terpinggir dari semua orang? Aku kah yang bermasalah..apa yang aku sedar, aku sendiri yang menciptakan masalah ini. aku sang penzalim kepada diri sendiri. Tapi...aku ingin seseorang yang dekat dengan ku mengetahui perasaanku selain menghukum aku dengan perkataan yang bukan-bukan. Adakah aku yang patut selami diri atau sesiapa yang harus mengetahui keadaanku ini. Aku rasa seperti aku ini hanya patung yang bernyawa tapi tidak diperlukan sesiapa atau rumah ini hanya seperti hotel atau rumah tumpangan yang hanya aku gunakan untuk melelapkan jiwa dan mata ku untuk seketika dan esok aku akan keluar seperti sang burung yang hanya pulang apabila malam menjelma. 

Kalau begitu, untuk apa lagi aku harus menyertai mereka-mereka dan menunggu atau mengorbankan diri dengan hati yang robek. Aku tak tabah seperti sesiapa yang sabar. Aku bukan sang gagah melawan emosi. Aku hanya si lembik yang tahu mengeluarkan air mata di nurani. Hanya tahu merahsiakan setiap rasa yang terasa. Ya, kekadang..mencurahkan rasa melalui perbuatan tapi siapa yang dapat menangkap setiap perbuatanku. Perbuatan bisuku..perbuatan bisuku bersuara di dasar tubuhku..Perbuatan bisuku membencikan lagi pada mereka. Benci agakan ku. Mungkin atau aku yang berprasangka? Kekadang terfikir untuk merosakkan diri dan melarikan diri entah ke mana-mana..Tapi aku tak sanggup. Aku masih ada sayang, aku masih ada akal yang waras. Itu kebodohan. Aku pernah terfikir, jika aku sudah hilang nyawa dan jauh dari dunia ini, masih adakah yang sudi meratapi aku? Masih adakah yang akan mengingati aku? Masih adakah yang ingin mendoai aku? Masih adakah yang akan memaafkan semua kesalahanku? Aku sudah tiada daya untuk berfikir jawapan untuk setiap soalanku sendiri. Aku teramat asing di sekeliling kesayanganku. 



Tiada siapa yang tahu.

Si tunggul kayu menanti rebah menyembah ke tanah. Si patung membilang waktu menunggu hari pabila setiap anggotanya dilempar ke jalan sunyi.

*** Kau tahu kenapa hidungku selalu berair? Kerna aku sedang menangis di dalam sana (hati)..tapi kau tak pernah nampak tangisan itu ***

Monday, June 13, 2011

Menangislah dan menjeritlah sekiranya itu membuatmu puas~


Almost a month aku tak menulis di sini. Bukan hanya di sini sahaja tetapi di blog ku yang sedia ada pun, aku dah abaikan untuk beberapa waktu..I'm really down this 2 month. Tidak bernafsu untuk mencurahkan kata-kata. Lebih banyak membuang masa dan bermenung di katil sendiri..Tapi sekarang aku dah boleh terima apa yang aku kehilangan dan mehnahku. Life should always must go on selagi roh tak bercerai dari badan. Hidup atas dunia ini, kau harus menjadi seorang yang kuat untuk dihempas sang badai dan dilambung oleh sang ombak nan ganas walau ada harinya kau terasa bagai letih untuk meneruskannya. Letih untuk terus bersabar dan letih untuk menahan apa yang terbeban oleh sang hati. Walau ada hari kau terasa mahu melakukan perkara yang kau rasa dengan itu kau lega tetapi bersabarlah. Bersabarlah dan jangan putus asa. Ingatlah setiap yang berlaku ada sesuatu yang tersirat di sebaliknya..Kalau tiada semuanya itu, maybe it sort of boring untuk melalui hari-hari yang mendatang walau kau terpaksa berjujuran airmata and so whatever yang seangkatan dengannya. Kalau kau gagah, sila mencabar ujian dan dugaan yang diturunkan ke atas diri kau. Aku tak segagah dan seteguh itu untuk melawan arus ujian yang aku rasa kuat dan laju membawa aku ke tengah sungai keresahan dan kesedihan walau aku sedaya upaya berenang ke tepian. But try and keep on trying to reduce it..Aku percaya kau dapat atasinya. Setiap orang dapat atasinya walau harus berkeluh kesah dahulu. Pengalaman membuatkan manusia itu makin kuat. Mendung di dada langit takkan selama-lamanya kelabu. Dan tak kan selama-lamanya  sang petir menjerit marah kan? Bila hujan mencurah, langitkan kembali cerah dan diikuti dercipan-dercipan suara merdu di persekitaran. Selalu ingatkan diri sendiri bahawa kau bertuah dipilih dan disayangi  Sang Tuhan untuk menghadapinya. Jika kau hendak menangis, menangislah sepuas-puasnya jika ia dapat melegakanmu. Jika mahu menjerit, jeritlah sekuat-kuatnya jika ia dapat mengurangkan beban yang engkau tanggungi. Jika kau terasa tidak tertahan-tahan, doakan dirimu semoga tabah dan dapat melaluinya dengan sebaik mungkin. Aku tahu kau marah..Aku tahu kau bertanya kepada  Tuhan kenapa harus kau yang sebegitu. Ingatilah..Tuhan itu tidak kejam dan Tuhan itu tidak zalim dengan memberikan sesuatu yang membencikan. Benarkan aku memujuk mu..Adakah engkau tahu bahawasanya Tuhan ingin memberikan sesuatu yang indah-indah untuk mu dengan memberikanmu perkara yang boleh jadi kau benci padanya. Aku juga selalu memujuk diri ini..Memujuk dan terus memujuk. Jangan kau tanya bila waktunya sedangkan kau masih belum memulakan langkah-langkah menghadapinya. Tergores? Sedikit terluka? Tidak apa-apa. Parut yang tertinggal itu bak usaha demi usaha perjuangan kau untuk sampai ke sana. Aku percaya pasti kau kan tersenyum melihat setiap bekas goresan itu. Pasti...


senyum dalam tangisan~