Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Saturday, January 15, 2011

Terbawa-bawa..

Aku masih teringat time aku selsema teruk di ofis. Oleh sebab tidak dapat menahan kantuk dengan hidung yang berair, aku mintak kunci stor dari kawan aku supaya aku boleh lelap dan aku berharap supaya selsema aku makin berkurang. Dah jadi kebiasaan aku bile aku selsema teruk, aku akan mengantuk tanpa aku telan ubat. Di stor terdapat sebiji single sofa, bangku untuk baring dengan bantal yang aku sendiri takkan letakkan kepala di atasnya, sebiji kerusi ofis berwarna pink, penghawa dingin mudah alih, meja besi dan peti besi yang menempatkan 2 buah laptop dan sebiji DSLR di dalamnya. Menghenyakkan badan ke single sofa dengan melunjurkan kaki di atas kerusi ofis yang berada bertentangan dengan badan aku. Fuh terasa begitu selesa. Semua urat-urat di kakiku di regangkan membuatkan darah yang mengalir disalurannya berjalan dengan lancar. Kepala terus diletakkan di atas sofa. Ohhh..Sangat lembut. Terasa nyaman apabila melayan kantuk. Mata semakin memberat. Kepalaku semakin hanyut dan terbuai-buai..Hanyut dan makin hanyut. Gelap dan hitam.

Tiba-tiba..

Aku terpandang sesuatu kebiasaan aku di masa kanak-kanak dulu..Pokok mempelam yang yang tiada daun dengan dahan-dahan yang kering. Bergoyang-goyang ditiup angin monsoon bulan November. Ya aku ingat. Aku terbau bayu monsoon dalam hela nafasku ketika itu. Bau yang membawa titisan hujan ke bumi yang aku pijak itu. Apa yang aku rasai ketika ini adalah apabila aku berkunjung ke rumah nenekku pada awal cuti persekolahan. Rumah pusaka itu terletak berhampiran pantai menghadap Laut China Selatan. Di masa dahulunya, tempat ini adalah perkampungan nelayan tetapi sekarang di naik taraf sebagai Bandaraya Pesisir Air. Sekejap selepas itu aku berada di ruang tamu rumah nenekku. Terasa sangat-sangat familiar. Aku duduk di ruang tamu sementara pintu besar terbuka luas menghadap serambi rumah. Di situ ada kain-kain baju tersidai di ampaian. Tapi pelik, kenapa aku seorang sahaja yang berada di rumah tersebut. Sunyi..Tiada kelibat manusia lain yang kelihatan. Nenek? Atok? Pakcik-pakcikku?

Dan tiba-tiba..

Aku tersedar. Termangu sambil mengingati kembali mimpi tersebut. Aku mimpi aku balik rumah nenek. Aku rindu..Banyak kenangan pahit manis ketika berada di rumah tersebut tapi kini rumah pusaka tersebut telah dirobohkan disebabkan tanah kawasan tersebut telah di jual. Terleka sebentar dengan mimpi aku. Aku masih berada di dalam stor tadi. Dalam 10 minit aku terlelap. Aku harap tiada siapa yang mencari aku waktu itu. Apa yang aku tahu..sekarang ini rasa mengantukku telah hilang dan hidungku terasa lega dari air hingusan.

0 comments: