Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Friday, December 10, 2010

Oooohh..

Di tengah-tengah malam yang sunyi yang beransur pagi dengan manusia-manusia yang bergelimpangan diulit mimpi. Hanya ketukan dari papan kekunci yang berwarna gelap dan bongkah plastik opal ditekan-tekan yang masih berbunyi. Hanya aku dan skrin leper putih ini yang masih hidup. Tiada gangguan untuk aku mencurahkan sedikit buah rasa yang dari tadi asyik berlegar-legar kepala aku.Bunyi deruan motor mat-mat rempit di luar rumah sedikit tidak mengganggu kosentrasi aku untuk menyusun kata-kata.


Beginilah suasana awal pagi, tetap muda bagi sesetengah makhluk homo sapien yang berakal. Bagi sesetengah yang lain, lebih selesa melayan kantuk yang diminta untuk dilenakan. Dan sesetengah yang lain pula, terpaksa menahan derita penyakit 'keras mata' dan bergantung hanya kepada sang dadah sebagai penenang dan pelali bagi biji-biji mata tersebut. Berdoalah semoga nikmat yang satu itu tidak hilang dari diri. Dan aku masih lagi melekatkan mata aku di layar putih, tiada tanda-tanda simptom untuk menggerakkan tubuh aku supaya merebahkan diri  ke katil. Mata masih lagi terkebil-kebil menyusun setiap ayat sambil melompat-lompat dari setiap dot com membaca dan melayan tujahan sang penama dari laman maya. Di samping mencari buah-buah fikiran untuk aku sambung taipan aku pada masa yang lain.


Jam sudah menunjukkan bahawa masa sudah merangkak ke hari siang. Masih ada satu per tiga kegelapan. Sekarang ini hanya bunyi-bunyian dari kerongkong nan sempit yang sepatut di flush kahaknya. Aku tak dapat melayan nafsu lelapku. Mungkin sekarang ini, ada manusia-manusia sufi sedang berteleku kushyuk di hadapan Sang Pencintanya. Nafas dengkuran berganti bait-bait suci memuja Tuhan.


Aku?


Aku masih lagi melayan hantukan jari jemari ke papan plastik hitam ini. Menunggu moga-moga gelombang alfa, beta dan tita bertindak otak kanan dan kiri. Menanti aperture mata ku makin rendah manakala exposurenya makin gelap dan kepantasan kelopak mata kian perlahan. Menunggu dan masih menunggu moga-moga otakku mentafsirkan ke kepala satu perkataan 'KANTUK' dan badan bergerak ke katil, tangan menyorongkan bantal ke kepala dan menyelimuti tubuh, pejamkan mata biarkan fikiran terawang-awang tanpa tafsiran dan terbuai-buai. Dan seterusnya 'TIDUR'.

Sepuluh minit sebelum pukul empat pagi. Aku dah surrender nak layan mata aku nie. Biar pun masih tak mengantuk. I should go to sleep now. Memang wajib kene paksa kalau tak memang burn Subuh aku.

0 comments: