Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Thursday, July 5, 2012

Kau Yang Aku Sayang Part 2

Telefon di bilik ku berbunyi dan pantas aku tekan punat hijau untuk menyambungkan panggilan kepada si pemanggil. Skrin tertera nama <biarlah dirahsiakan>. Ohh, dia ini. Kedengaran suara cerianya di hujung talian. Masih berlagak seperti di awal perkenalan. Lewat petang dia menelefonku mengatakan bahawa dia berada di rumah sakit kerana menemani adik iparnya ke sana untuk melawat anaknya yang baru dilahirkan.Hari ini merupakan hari kedua aku bersahabat dengan tuan empunya suara. Suaranya cukup bersahaja. Tiada tanda-tanda untuk menggoda. Ikhlas bertanya khabar aku pada petang itu. Mengajak aku berjumpa dengannya pada waktu itu tetapi aku tolak pelawaan tersebut memandangkan hari beransur malam. Tambahan pula kami baru berkawan dan aku masih tidak bersedia untuk berjumpa sesiapa yang tidak aku kenali. Bagi aku cukup dulu hanya bersahabat di hujung talian dengan hanya mendengar suara. Biarkan. Bersahabat tidak perlu untuk berjumpa muka yang penting ikhlas dan jujur. Biarkan masa yang tentukan bila. Biar aku lebih bersedia dan biar aku lebih percaya. Biar aku jadi biasa dengan dia tetapi tidak sekarang. Masih terlalu awal untuk ketemu muka. Semua itu perlukan masa. Dia yang di hujung sana akur kehendak diri. Dia bertanya jika dirinya ditimpa kesulitan dan kesusahan, sudikah aku menolongnya? "Tak tahu", jawabku padanya. "Tak sudi nak talong kawan dalam kesusahan ke? Kesian saya". Ahh lelaki. Suka bermain kata. Bahaya. Bimbang kalau-kalau kawan baru ku ini bukan seperti yang disangka. Di sangka baik tetapi buaya. Katanya lagi, "Nanti kalau motor rosak atau tayar pancit kat mana-mana, awak telefon la saya. Boleh saya tolong apa-apa yang patut". 'Wahh, seperti mahu ambil kesempatan ni..'fikir aku. "Yelah" kata aku walau kata-katanya tidak aku hiraukan. Anggap sahaja bak angin yang lalu. Hipokrit kan? Hati orang perlu dijaga. Nama pun sahabat. Kami  akhirnya mengakhiri perbualan setelah adik iparnya selesai melawat. Perkenalan yang bagi aku sangat-sangat biasa bagi orang normal seperti aku.

0 comments: