Sudah lama tidak ke sini..malam yang semakin larut dengan suasana kampung yang sunyi..Waktu rehatku makin habis dan aku akan mula bekerja Ahad ini. Dua minggu aku bercuti gara-gara mengalami kemalangan di selekoh kawasan perumahan kediaman bapa saudara memandangkan aku menumpang di sana sehingga rumah sewa ku siap sepenuh dibaiki.
Malam ini ingin aku tacapkan di dada skrin putih ini kenangan sepanjang perkenalan ku bersama kesayanganku memandangkan diri sering teringatkannya. Sentiasa berhubung melalui pesanan ringkas dari awal perkenalan sehingga kini.
Aku mengenalinya hanya melalui ruangan sosial 'Yahoo Massengger' memandangkan aku merupakan chatter tegar yang sering kebosanan dan selalu ingin mencari teman untuk berbicara dan bertukar pendapat serta idea. Di laman tersebut aku menemui dan berkenalan dengan bermacam-macam manusia yang menggunakan kemudahan ini dalam pelbagai cara sama ada menjurus kepada kebaikan atau sebaliknya. Di sini juga aku berkenalan dengannya dengan hanya menggunakan pengenalannya adalah nombor plat motorsikalnya dan aku pula dengan nama 'Aku Hamba Tuhan'. Melalui YM kami berkenalan dan dia memperkenalkan dirinya <biarlah dirahsiakan> dan juga pekerjaannya sebagai tukang rumah. Dengan hanya sekali perkenalan, dia telah meminta nombor telefon bimbitku untuk dihubungi pada hari-hari seterusnya. Keesokannya, dia telah menelefonku buat pertama kalinya dengan bertanyakan khabar tentang diriku. Panggilan itu aku terima sebaik aku tiba di rumah pada petang setelah pulang dari tempat kerjaku. Dengan hanya niat untuk berkawan, aku melayannya panggilannya dengan mesra. Suaranya dihujung talian bersahaja dan suaranya bagiku menenangkan tanpa sedikit pun garau. Dari perbualan biasa, kami mula berbual tentang diri masing-masing dengan mesra. Terasa seakan aku telah mengenalinya sebelum ini sedangkan aku hanya baru berkenalan dengannya selama 30 minit. Terdetik di hati "Adakah ini jodoh?". Sepanjang perbualan ini juga, kami juga menyelit perbincangan dengan jodoh, dia dengan senang hati mengatakan bahawa dia tidak akan memilih perempuan yang sama usia dengan seperti aku kerna dia mengatakan perempuan lebih cepat tua dan lebih memilih calon yang muda dari usianya. Terfikir dan tertanya "Hurmm..dia sedang kutuk aku ke?" dan terdetik di hati mengatakan "orang yang kau kutuk ini mungkin akan jadi jodohmu suatu hari nanti, mungkin kau akan jatuh sayang pada aku..dan aku rasa mungkin tidak.tak mungkin kan. Aku tak nak dia. Cukup sekadar kawan sahaja". Dan itu juga penafian aku untuk hari itu setelah aku memutuskan talian telefon bimbitku sambil kaki melangkah naik ke tangga setelah aku pakir motor ku di tempat yang disediakan. Hanya kawan, perkatan itu berlegar di ruang fikiran sambil bibir membentuk senyuman. Hanya kawan....
0 comments:
Post a Comment