Hari ini aku terasa aku dah buat kesalahan besar. Aku rasa aku dah banyak buat kesalahan ini berulang-ulang kali. Betul-betul rasa menyesal dan bersalah dengan diri sendiri. Terasa sekarang hati aku memang tak tenang. Maybe sebab keegoan aku sendiri dan sikap baran aku. What is happening to me? Sampai bila aku nak jadi seorang yang macam ini. Sepanjang jalan aku berfikir pasal apa yang aku dah buat pagi tadi bila amarah aku dah reda sedikit demi sedikit. Menyesal sangat-sangat. Aku bimbang dan takut, apa yang aku buat (kesalahan) secara berulang-ulang memakan diri aku sendiri. Aku takut aku lagi menyesal pada masa akan datang. Aku takut aku tak memaafkan diri sendiri lagi pada masa akan datang. Terasa sekarang aku dah jadi ANAK DERHAKA TAK TAHU DIUNTUNG!! Selalu je tinggikan suara kat emak aku..apalah salah beliau..Sekarang ni aku terfikir apakah perasaan emak aku pada masa tu..selalu berkecil hati dengan aku. Dari kecil sampai besar selalu je menimbulkan masalah kat emak.
Ya Allah Ya Tuhanku..
Teruknya aku..Terasa diri ini bukan anak yang baik tetapi anak yang kurang adab. Apa nak jadi dengan aku ini. Memang tak sedar diuntung. Dari kecik sampai besar, emak tatang aku macam minyak yang penuh. Selalu bersusah payah membesarkan aku sampai jadi manusia seperti sekarang ini. Antara adik beradik, aku rasa aku yang paling bermasalah, keras kepala, degil, tak dengar kata, kasar, dan panas baran. Aku tak tahu dengan perangai aku yang macam ini, emak aku pernah atau tak menitiskan airmatanya disebabkan fiil aku ini. Cuma aku boleh agak, dia selalu menitiskan airmatanya dalam hati walau tak nampak di luaran. Sepanjang hari sampai aku dah tiba di rumah, aku tak tenteram..tengok tv, layan fb sampai tengah makan nasi pun aku masih memikirkan hal pagi tadi. Memang marah betul aku pagi tadi. Hawa nafsu dan hasutan syaitan, aku terlayan amarah aku nak-nak tengah duduk di dalam bilik air yang memang dah jadi tempat berkumpulnya mak nenek syaitan. Aku tak tahu kenapa aku jadi macam tu. Aku ini manusia yang kalah. Kalah kerana marah. Aku manusia yang lemah. Lemah dengan perasaan aku sendiri dan gagal untuk mengawalnya. Sekarang aku sesal. Nak telefon untuk minta ampun dan maaf aku jadi malu. Malu dengan perbuatan aku kat emak aku pagi tadi. Malu dengan kesalahan sendiri. Malu dekat emak. Dah lah pagi tadi dia dah pening kepala dengan motor adik yang hilang sebab dicuri orang, nak selesaikan dengan pagar rumah yang berlubang, saudara di bandar nak bertunang pastu aku pulak yang buat hal. Aku manusia bodoh. Perkara yang kecil pun aku boleh melenting. Mungkin perasaan aku cepat sensitif dan terasa sejak tahun ini. Entahlah..Cara bodoh aku untuk dapatkan perhatian emak aku atau cara aku memberontak dengan perkara yang aku tidak puas hati. Tapi emak aku tak faham. Sampai bila aku nak lepaskan marah aku camtu kepada emak. Sampai dia dah tiada? Masa itu aku hanya pandai menangis dan menyesal. Menyesal yang dah tiada gunanya. Baik aku memaki hamun diri aku sekarang tentang kesilapan yang aku dah buat terhadap emak, sekurang-kurangnya aku boleh memohon maaf, meluahkan apa yang terbuku di hati, peluk dan cium sepuas-puasnya sebelum aku menghargai insan yang aku sayang ini setelah dia tiada. TIDAK!!! Aku tak nak jadi camtu..
Ya Allah Ya Tuhanku..Bagi lah aku peluang sebanyak-banyaknya terhadapku semoga aku menghargai peluang demi peluang yang Kau berikan terhadapku. Sesungguhnya aku insan pelupa terhadap nilai diri, lupa kepada sang manusia yang pernah membesar dan membimbing aku sehingga ke tahap sekarang ini. Ya aku tahu sehingga sekarang..Aku Bersalah Terhadap Emak Dan Sekarang Juga Aku Perlu Telefon Emak Untuk Mintak Ampun dan Maaf. Full stop!
0 comments:
Post a Comment