Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Thursday, December 1, 2011

당신 사랑해 = あなた 愛してる = i love u




My Princess OST Taru - Kasio

What about today?
When it was hard, lean & rest on me
Well, I miss you
Whenever the time is, call & contact me
Anytime

We comfort each other, with the sincere tone and
Just like eternity, with the warm voice
And then that were remaining many happy things 
So that believe in them, the mind's resting place

When you had a story,
Tell me & I will listen to you
As always beside me, as always next to me I'll fight with you
Cheer up!

We comfort each other, with the sincere tone and
Just like eternity, with the warm voice
And then that were remaining many happy things 
So that believe in them, the mind's resting place

We comfort each other, with the sincere tone and
Just like eternity, with the warm voice
And then that were remaining many happy things 
So that believe in them, the mind's resting place
You who was missing, you who can't breath
Your warm, faith & happiness
Joy & hope, love & hope
From now on, will be together with me
Always....

And then that were remaining many happy things 
So that believe in them, the mind's resting place


>> before and always like that until now..the process that I heart you..and that is how the relationship is start working 'til now..

Wednesday, November 30, 2011

Apabila membaca penulisan-penulisan lama ku membuatkan aku merasai terdapat beberapa ekor kupu-kupu sedang berterbangan berlegar-legar di ruang perut ku..Geli..Suatu rasa yang aku sendiri tidak dapat ungkapkan dengan kata-kata. Jika kau tahu apa rasa itu, sila khabarkan kepada ku..

Mau menulis sesuatu tetapi aku tak dapat mengawal rasa kantuk yang sedang menyeluruhi ruang otakku dan terus tingkap mata aku makin kecil bukaannya..

Terpaksa mem'blah' kan dulu diri ini dari dunia maya untuk seketika..

Saturday, October 15, 2011

My Big Mistake~

Hari ini aku terasa aku dah buat kesalahan besar. Aku rasa aku dah banyak buat kesalahan ini berulang-ulang kali. Betul-betul rasa menyesal dan bersalah dengan diri sendiri. Terasa sekarang hati aku memang tak tenang. Maybe sebab keegoan aku sendiri dan sikap baran aku. What is happening to me? Sampai bila aku nak jadi seorang yang macam ini. Sepanjang jalan aku berfikir pasal apa yang aku dah buat pagi tadi bila amarah aku dah reda sedikit demi sedikit. Menyesal sangat-sangat. Aku bimbang dan takut, apa yang aku buat (kesalahan) secara berulang-ulang memakan diri aku sendiri. Aku takut aku lagi menyesal pada masa akan datang. Aku takut  aku tak memaafkan diri sendiri lagi pada masa akan datang. Terasa sekarang aku dah jadi ANAK DERHAKA TAK TAHU DIUNTUNG!! Selalu je tinggikan suara kat emak aku..apalah salah beliau..Sekarang ni aku terfikir apakah perasaan emak aku pada masa tu..selalu berkecil hati dengan aku. Dari kecil sampai besar selalu je menimbulkan masalah kat emak. 

Ya Allah Ya Tuhanku..

Teruknya aku..Terasa diri ini bukan anak yang baik tetapi anak yang kurang adab. Apa nak jadi dengan aku ini. Memang tak sedar diuntung. Dari kecik sampai besar, emak tatang aku macam minyak yang penuh. Selalu bersusah payah membesarkan aku sampai jadi manusia seperti sekarang ini. Antara adik beradik, aku rasa aku yang paling bermasalah, keras kepala, degil, tak dengar kata, kasar, dan panas baran. Aku tak tahu dengan perangai aku yang macam ini, emak aku pernah atau tak menitiskan airmatanya disebabkan fiil aku ini. Cuma aku boleh agak, dia selalu menitiskan airmatanya dalam hati walau tak nampak di luaran. Sepanjang hari sampai aku dah tiba di rumah, aku tak tenteram..tengok tv, layan fb sampai tengah makan nasi pun aku masih memikirkan hal pagi tadi. Memang marah betul aku pagi tadi. Hawa nafsu dan hasutan syaitan, aku terlayan amarah aku nak-nak tengah duduk di dalam bilik air yang memang dah jadi tempat berkumpulnya mak nenek syaitan. Aku tak tahu kenapa aku jadi macam tu. Aku ini manusia yang kalah. Kalah kerana marah. Aku manusia yang lemah. Lemah dengan perasaan aku sendiri dan gagal untuk mengawalnya. Sekarang aku sesal. Nak telefon untuk minta ampun dan maaf aku jadi malu. Malu dengan perbuatan aku kat emak aku pagi tadi. Malu dengan kesalahan sendiri. Malu dekat emak. Dah lah pagi tadi dia dah pening kepala dengan motor adik yang hilang sebab dicuri orang, nak selesaikan dengan pagar rumah yang berlubang, saudara di bandar nak bertunang pastu aku pulak yang buat hal. Aku manusia bodoh. Perkara yang kecil pun aku boleh melenting. Mungkin perasaan aku cepat sensitif dan terasa sejak tahun ini. Entahlah..Cara bodoh aku untuk dapatkan perhatian emak aku atau cara aku memberontak dengan perkara yang aku tidak puas hati. Tapi emak aku tak faham. Sampai bila aku nak lepaskan marah aku camtu kepada emak. Sampai dia dah tiada? Masa itu aku hanya pandai menangis dan menyesal. Menyesal yang dah tiada gunanya. Baik aku memaki hamun diri aku sekarang tentang kesilapan yang aku dah buat terhadap emak, sekurang-kurangnya aku boleh memohon maaf, meluahkan apa yang terbuku di hati, peluk dan cium sepuas-puasnya sebelum aku menghargai insan yang aku sayang ini setelah dia tiada. TIDAK!!! Aku tak nak jadi camtu..

Ya Allah Ya Tuhanku..Bagi lah aku peluang sebanyak-banyaknya terhadapku semoga aku menghargai peluang demi peluang yang Kau berikan terhadapku. Sesungguhnya aku insan pelupa terhadap nilai diri, lupa kepada sang manusia yang pernah membesar dan membimbing aku sehingga ke tahap sekarang ini. Ya aku tahu sehingga sekarang..Aku Bersalah Terhadap Emak Dan Sekarang Juga Aku Perlu Telefon Emak Untuk Mintak Ampun dan Maaf. Full stop!


Wednesday, September 21, 2011

Itu adalah awak~




Apa yang saya baca pasti saya teringatkan awak....
Apa yang saya lihat pasti saya bayangkan itu awak...
Apa yang saya buat pasti saya tertanya-tanya apa yang awak tengah lakukan sekarang ini..
Apabila tengah makan pasti  saya terfikir awak sedang menjamu selera dengan lauk apa..
Selalu teringatkan awak..
Tapi awak tak tahu sebab saya tak bagitau
Walau awak selalu cakap awk rindu bila saya senyap untuk seketika
Tapi bahagian saya, biarlah di hati..
Nanti pada suatu masa nanti ketahuan juga..
Biarlah waktu tetap berputar sampai ke saat itu..nanti ketahuan juga..

Awak..
Terima kasih kerana selalu menemani saya walau hanya dengan bait-bait ayat dan suara awak
Terima kasih sebab selalu melayani kerenah mengada-ngada saya
Terima kasih sebab selalu 'bebel'kan saya walau saya tahu awak sedang nasihatkan saya
Dan awak tahu yang ini sebab saya selalu cakap kat awak..

Monday, August 1, 2011

Pilihan Di tanganmu sang pemikir~


meminta kepada yang diharapkan atau memberi kepada yang mengharapkan..
yang disukai itu masih dalam kesamaran tetapi yang tidak diharapkan itu memang sudah pasti..
adakah perlu dilepaskan sementara tiada tunas sayang
adakah perlu disambut huluran tangan dengan dipupuk sedikit demi sedikit rasa cinta
yang disukai tak goyah walau sedaya upaya digoyangkan
yang meminati datang berlari walau tiada usaha dilakukan
adakah membuang masa menunggu pada yang tak pasti
adakah merugikan menerima pada yang menyukai

Hurmm...
Jawapannya ditanganku
tetapi aku sendiri sayang untuk melepaskan
masih sayang untuk melepaskan
walau sayangnya tiada tapi rindunya ada
Pilih memilih selagi kau punya waktu
Tak ingin mengecewakan diri sendiri dan manusia yang mengharapkan



credit: keezuw

Wednesday, July 27, 2011

Maksudnya??

hurmm..
kau kata kau tak sayang aku
tapi kau bagitahu aku yang kau rindu aku
Maksudnya??



Saturday, July 2, 2011

Di manakan ku cari?

Jam dah menunjukkan 6 minit lagi untuk ke pukul 3.00 pagi..Esok Ahad, aku nak bekerja tapi mata still tak mengantuk. Still cerah di pagi hari. Aku rasa klu aku stop ni still leh wat solat malam ni. Aku tak mengantuk sebab dari tadi aku still dok menerima info from the internet. Selain tu jugak aku reviewing one of the blog yang menceritakan pasal this women yang baru berkahwin selama setahun and melahirkan seorang bayi lelaki. Pada masa itu juga, dia menghadapi saat getirnya apabila dia menghidapi brain tumor yang aku rasa dah masuk peringkat 4. Perempuan ini sangat bertuah kerana dia mempunyai seorang suami yang penyayang serta tabah menunggunya untuk sihat kembali. Serius, sangat menyayat hati. Tapi waktu sekarang ini, dia tak dapat lagi membuka mata melihat sang suami. Kemungkinan dia tak larat untuk membukanya dengan kepala yang botak. Tangan juga tak dapat diangkat lagi dan makanannya pula hanya bergantung pada tiub yang menyambungkan saluran esofagus. Aku berharap sangat-sangat yang dia kembali sembuh.

Aku terfikir..Takdir kita tak semua sama. Ada yang menggembirakan sampai ke akhir hayat. Ada yang diuji dipertengahannya dan ada juga yang menyedihkan di akhirnya. Aku pula bagaimana ya? Alangkah bertuahnya perempuan itu mempunyai suami yang sangat penyayang lagi bertanggungjawab. Walau menghadapi ujian yang sangat getir, sang suami sentiasa di sisi. Selama ini, cerita sebegitu hanya ada di televisyen. Sebenarnya itu realti kehidupan. Tak semua akan hadapi ending life ever after kan? Itu semua ketentuan Sang Pencipta.

Entah kenapa pagi ini aku tiba-tiba jadi rindu. Pelik, aku rindu pada siapa ya? Aku bukan ada kekasih. Mungkin aku rindu pada jodoh aku. Jodoh aku..



(credit to ~mr-april)


Rindu kamu, jodohku~