Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Wednesday, September 21, 2011

Itu adalah awak~




Apa yang saya baca pasti saya teringatkan awak....
Apa yang saya lihat pasti saya bayangkan itu awak...
Apa yang saya buat pasti saya tertanya-tanya apa yang awak tengah lakukan sekarang ini..
Apabila tengah makan pasti  saya terfikir awak sedang menjamu selera dengan lauk apa..
Selalu teringatkan awak..
Tapi awak tak tahu sebab saya tak bagitau
Walau awak selalu cakap awk rindu bila saya senyap untuk seketika
Tapi bahagian saya, biarlah di hati..
Nanti pada suatu masa nanti ketahuan juga..
Biarlah waktu tetap berputar sampai ke saat itu..nanti ketahuan juga..

Awak..
Terima kasih kerana selalu menemani saya walau hanya dengan bait-bait ayat dan suara awak
Terima kasih sebab selalu melayani kerenah mengada-ngada saya
Terima kasih sebab selalu 'bebel'kan saya walau saya tahu awak sedang nasihatkan saya
Dan awak tahu yang ini sebab saya selalu cakap kat awak..

Monday, August 1, 2011

Pilihan Di tanganmu sang pemikir~


meminta kepada yang diharapkan atau memberi kepada yang mengharapkan..
yang disukai itu masih dalam kesamaran tetapi yang tidak diharapkan itu memang sudah pasti..
adakah perlu dilepaskan sementara tiada tunas sayang
adakah perlu disambut huluran tangan dengan dipupuk sedikit demi sedikit rasa cinta
yang disukai tak goyah walau sedaya upaya digoyangkan
yang meminati datang berlari walau tiada usaha dilakukan
adakah membuang masa menunggu pada yang tak pasti
adakah merugikan menerima pada yang menyukai

Hurmm...
Jawapannya ditanganku
tetapi aku sendiri sayang untuk melepaskan
masih sayang untuk melepaskan
walau sayangnya tiada tapi rindunya ada
Pilih memilih selagi kau punya waktu
Tak ingin mengecewakan diri sendiri dan manusia yang mengharapkan



credit: keezuw

Wednesday, July 27, 2011

Maksudnya??

hurmm..
kau kata kau tak sayang aku
tapi kau bagitahu aku yang kau rindu aku
Maksudnya??



Saturday, July 2, 2011

Di manakan ku cari?

Jam dah menunjukkan 6 minit lagi untuk ke pukul 3.00 pagi..Esok Ahad, aku nak bekerja tapi mata still tak mengantuk. Still cerah di pagi hari. Aku rasa klu aku stop ni still leh wat solat malam ni. Aku tak mengantuk sebab dari tadi aku still dok menerima info from the internet. Selain tu jugak aku reviewing one of the blog yang menceritakan pasal this women yang baru berkahwin selama setahun and melahirkan seorang bayi lelaki. Pada masa itu juga, dia menghadapi saat getirnya apabila dia menghidapi brain tumor yang aku rasa dah masuk peringkat 4. Perempuan ini sangat bertuah kerana dia mempunyai seorang suami yang penyayang serta tabah menunggunya untuk sihat kembali. Serius, sangat menyayat hati. Tapi waktu sekarang ini, dia tak dapat lagi membuka mata melihat sang suami. Kemungkinan dia tak larat untuk membukanya dengan kepala yang botak. Tangan juga tak dapat diangkat lagi dan makanannya pula hanya bergantung pada tiub yang menyambungkan saluran esofagus. Aku berharap sangat-sangat yang dia kembali sembuh.

Aku terfikir..Takdir kita tak semua sama. Ada yang menggembirakan sampai ke akhir hayat. Ada yang diuji dipertengahannya dan ada juga yang menyedihkan di akhirnya. Aku pula bagaimana ya? Alangkah bertuahnya perempuan itu mempunyai suami yang sangat penyayang lagi bertanggungjawab. Walau menghadapi ujian yang sangat getir, sang suami sentiasa di sisi. Selama ini, cerita sebegitu hanya ada di televisyen. Sebenarnya itu realti kehidupan. Tak semua akan hadapi ending life ever after kan? Itu semua ketentuan Sang Pencipta.

Entah kenapa pagi ini aku tiba-tiba jadi rindu. Pelik, aku rindu pada siapa ya? Aku bukan ada kekasih. Mungkin aku rindu pada jodoh aku. Jodoh aku..



(credit to ~mr-april)


Rindu kamu, jodohku~


Friday, July 1, 2011

free~~


how i wish right now i'm at some isolate place..somewhere that no one can ever find me..resting my mind there..lay down on the greeny grass.feel the breeze upon my face.smell the earth under me.watch the cloud goes by..the blue sky..wanna touch them and hold it in my arm~

Thursday, June 30, 2011

Fade to Black cover~

Terima kasih Tuhan kerana memberi aku peluang untuk dibelai oleh tangan yang lembut lagi aku dambakan selama ini. Tapi aku tak sanggup menahannya dari berbuat demikian. Maksudku aku tak sanggup melihat dia menahan mata dari lelapnya semata-mata untuk mengurangkan kesakitan di kepalaku..Mau aja aku tegah tapi aku kelu. Bersuara hanya di hati.

Dia tanya " Sakit lagi?"

Dan aku hanya angguk dan hanya menjawab " Erm.."

Dia tanya lagi " Sejak bila sakitnya? Muka mu pucat. Adakah kau sakit sebab kerap berfikir? Ada masalah? Jangan berfikir yang bukan-bukan. Tidur jangan selalu lewat. Mungkin sebab itu juga".

" Sakit baru aje lagi". Dan hanya itu sahaja jawapan ku.

Baru aku tersedar betul kata sahabatku. Baru beberapa jam aku meluahkan apa yang terbuku di hati.
Apa yang terkesan di hatiku dengan kata-katanya apabila dia mengatakan sesuatu yang buat aku tersedar.

" Kau  belum menjadi ibu bapa dan pabila kau memasuki alam keibubapaan baru kau akan faham apa yang kau katakan itu. Setiap anak-anak diberi kasih yang cukup cuma didikan dan cara sahaja yang berbeza".

Nah. Tuhan sudah menunjukkan kebenaran dari kata-kata itu.
Ya, setiap anak-anak diberi kasih yang cukup cuma cara dan didikannya sahaja yang berbeza. Mungkin.

Aku sakit kepala dalam masa seminggu ini. Kerja pun jadi makin slow. Kekadang terpaksa memikir perkara lain daripada mikirkan sakit di kepala sendiri.